Monday, May 18, 2009

Gotong-Royong Kem Mempikit


Baru-baru ni (09.05.09), buat julung-julung kalinya satu gotong-royong telah diadakan di Kem Mempikit Keningau. Seramai 80 orang hadir yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Pelajaran daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan. Sebelum akt. ini dijalankan, keadaan sekililing tapak kem amatlah semak, maklumlah belukar yang tidak pernah dibersihkan bertahun-tahun... Sehinggakan ada di antara kawan2 yang berseloroh mengatakan ni bukan gotong royong tapi buka kebun baru dan lepas ni mesti tanam kelapa sawit...hehehehe...
Semoga aktiviti ini akan dijadikan acara bulanan, disamping mengeratkan silaturahim, ianya juga boleh dijadikan landasan untuk mengeluarkan peluh serta mengurangkan lemak di badan.....
Harapan saya agar kem ini dapat digunakan secepat yang mungkin...Siapakah yang bertuah untuk dicatatkan dalam sejarah yang pertama berkhemah di kem ini....???????


Sebelum 01


sebelum 02


Sebelum 03


Selepas 01


Selepas 02


Selepas 03


Acara tapau menapau... selepas makan tengahari



Sebahagian daripada pegawai yang hadir... macam tukang kebun sudah..hehehe


Bergambar beramai-ramai selepas gotong royong


Pegawai Pelajaran Daerah bersama Jurulatih Pusat Kokurikulum Keningau



Sebahagian daripada kenderaan... dari kk pun ada... lawatan sosial bah....


Sebatang anak sungai yang mengalir ke dalam kawasan kem....


Seekor serangga yang ditemui dalam kawasan kem

2 comments:

9w6EDY said...

wa... best ada kem sendiri sdh ya.......

PapaGolf said...

Hehehe...ya la Edy, bermula dari kosong ni, banyak perkara orang2 atas mau atur, entah bila boleh beroperasi...