Friday, April 10, 2009

XPDC Dulu2

(KK - Beaufort - Sipitang - Meligan - Eburu - Opis Batu - Long Miau - Long Pasia - Punang Terusan - Long Telingan - Long Semado - Long Luping - Lawas - KK)

Xpdc ni lama sudah la, dlm tahun 1989, seramai 17 orang peserta, dianjurkan oleh Kelab Rekreasi MPGaya (sekarang dah tukar ke IPGaya). Saya cerita sikit la...

Xpdc ni mengambil masa selama 11 hari iaitu dari KK - Lawas - KK. Perjalanan dari KK sehingga ke Meligan menaiki kenderaan= bas + lori JKR. Dari Meligan terpaksa berjalan kaki meredah hutan belantara dan bermalam di Opis Batu ( tpt perhentian/bermalam penduduk kg dari Long Pasia - Meligan) Keesokan harinya kami tiba di Long Pasia setelah melalui kg Long Miau. Kami menginap di rumah staff imigresen, terima kasih kepada mereka. Di situ kami dapat mkn daging payau yang telah dikeringkan-yang lucunya habis setengah guni ba, sebenarnya daging tu untuk di bawa balik oleh salah seorang staff mereka, jumpa dengan kami abis la...rangka kan... 
Di situ 2 org pensyarah balik ke kk menaiki foker...buyuk durang kan...he

Perjalanan kami tergendala di Long Pasia kerana ketiadaan guide yang sudi membawa ke Long Semado ( guide asal tukar fikiran saat2 akhir-bikin panas...he). Setelah 5 hari di situ, akhirnya dapat meneruskan perjalanan dengan pertolongan orang kg yang kebetulan hendak pergi ke Long Semado untuk menziarahi keluarganya... 

Kami bermalam selama 2 hari di dalam hutan sebelum tiba di Long Semado. Setibanya di sini, semua peserta berwajah ceria kerana kami tidak lagi akan meredah hutan berjalan kaki. Di Long Semado kami menumpang di rumah ketua kampung selama 2 malam..tak ingat lagi nama dia...Layanan penduduk kg amat mesra, bekalan makanan yang kami bawa tidak digunakan kerana semuanya disediakan oleh mereka...terima kasih banyak2 kepada mereka. 

Daripada Long Semado, kami menaiki kereta pacuan empat roda menuju ke Lawas. Di situ kami menginap di SK.Pusat, Lawas ( kalau tak silap nama). Ke esokan harinya, kami menaiki bas Lawas - KK untuk kembali ke MPGaya...... the end...

Gambar bersama Ketua Kg beserta peserta XPDC... yg tanda bulat tu la kunun saya...

Ini la kunun2 sijil yg saya dapat...buli juga la. sebagai kenangan.....

0 comments: