Tuesday, January 13, 2009

Cerita Rafting di Sg.Kiulu....

Rafting di Sungai Padas,..... bila saya lihat video tu ( download dari you tube)... teringat bersama rakan2 jurulatih Pusat Kokurikulum Sabah mengikuti kursus asas rakit arus deras (rafting) level 1 ... (16-19/12/2007), di sungai Kiulu, yang bermula di Kg. Pukak sehingga ending point di Kg.Malangang.. jauhnya kira2 14km sahaja... Dengar cerita tahun ni (level 2) akan diadakan di sungai Padas...
Keadaan arus di Sg.Kiulu tidak lah sehebat di Sg.Padas... arusnya hanya digredkan 1- 2 sahaja berbanding dengan Sg.Padas yang dikategorikan dari 3-4... oh ya..sebenarnya arus sungai ini dikelaskan kepada 6 gred ( gred 1-2; senang/sederhana, gred 3-4; susah/sangat susah, 5-6;amat susah- yang ni untuk mereka yang sudah puas hidup atau yang nak bunuh diri...he... gred ini tidak ada di Malaysia!!!..kecuali masa ribut Greg yang melanda Keningau (Sg.Pampang) tahun 1996 tu)

Dalam kursus itu, kami didedahkan dengan beberapa perkara asas tentang rafting..antaranya seperti:
1.  peralatan (raft,paddle,helmet, BA-yang mcm life jacket tu) 
2. cara kayuhan(J-stroke,sweep,pry,draw,forward stroke) 
3. Capsize-(cara2 mengandalikan rafting yang terbalik-ada dlm video di atas) 
4. keselamatan di air ( river crossing, menggunakan throw beg, terperangkap dlm 'washing machine'-istilah utk air yang berpusing2)
5. teori sungai (boils, seam lines, drop, strainers...)
6. isyarat2 ( berhenti,paddle,first aid,speed up/down)
7. jenis2 ikatan ( butterfly, clove hitch, double fisherman, figure of eight)

Pada hari terakhir, kami dikehendaki menjadi 'raft guide' dari Pukak hingga Pusat Kokurikulum di Kg.Malangang....siuk jugalah, sambil main2 air,dapat pengetahuan dan dapat kulit yang terbakar dek pancaran matahari...hitam!!!! 
Kalau nak merasa betapa 'siuknya' pengalaman tu...anda boleh menghubungi RIVERBUG di http://www.traversetours.com/, Selamat ber rafting...

2 comments:

Thefarmer said...

mr papagolf,rasanya sungai pegalan boleh kah dibuat aktiviti kayak? Macam sungainya tidak berapa deras.Apa apapun kalau ada kesempatan ,nanti ajar kio....

PapaGolf said...

Jcob,buli ba...di kolam pn ok juga...1 cdangan yang baik, kalu ada sdh kayak...buli kita main2 air...